Ayuh STEM
Ayuh STEM
TAJUK AKTIVITI
Projek Jaringan Pendidikan STEM & Komuniti: Ayuh STEM
27 - 30 Julai 2025
LOKASI
Sekolah Kebangsaam Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang, Selangor
RINGKASAN AKTIVITI
Kelab MySTEM Ambassador, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menganjurkan program Ayuh STEM: Perkasa Literasi STEM dan Transformasi Desa yang melibatkan seramai 105 murid yang aktif menyertai pelbagai aktiviti eksplorasi STEM. Aktiviti-aktiviti ini dirancang secara strategik selaras dengan silibus sekolah rendah dan mengaplikasikan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) bagi mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif. Program ini turut disemarakkan dengan aktiviti menceriakan kawasan sekitar Kampung Sawah Sempadan, di mana para fasilitator UPM bersama penduduk setempat berganding bahu mengecat jambatan, bergotong-royong membersihkan kawasan masjid dan kunci air, serta menanam pelbagai pokok hiasan, herba dan buah-buahan yang dibawa khas dari UPM. Berteraskan tema “Let’s Go Green” .