International STEAMunity Exchange 2025
International STEAMunity Exchange 2025
TAJUK AKTIVITI
Bah STEM Dulu!
TARIKH
24 Februari - 3 Mac 2026
LOKASI
Sekitar Sabah
RINGKASAN AKTIVITI
Seramai 24 mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membimbing lebih 1,000 pelajar di Sabah menerusi program "Bah, STEM Dulu!" yang dianjurkan oleh Kelab MySTEM Ambassador UPM dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Program ini mengetengahkan pembelajaran STEM secara interaktif melalui pelbagai aktiviti hands-on, eksperimen sains dan cabaran kreatif yang berjaya meningkatkan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Selain berkongsi ilmu, mahasiswa UPM turut mengasah kemahiran kepimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan serta melaksanakan aktiviti khidmat komuniti bersama penduduk setempat.
Inisiatif ini membuktikan komitmen UPM dalam melahirkan mahasiswa sebagai agen perubahan yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, malah berupaya memberi impak positif kepada masyarakat melalui pemerkasaan pendidikan STEM.